UMPSA ICoN     

Official Website    

LAWATAN TAPAK FERTIGASI KE PULAU RUMPUT & BUKIT KENAU

LAWATAN TAPAK FERTIGASI KE PULAU RUMPUT & BUKIT KENAU

24 APRIL 2024 - PULAU RUMPUT & BUKIT KENAU PEKAN
 
Lawatan tapak ke Projek Fertigasi, Sistem Pertanian Pintar Berasaskan IoT di kawasan Pulau Rumput dan Bukit Kenau, Pekan, merupakan pengalaman yang menarik. Projek ini di bawah kepimpinan En. Wan Muhammad Luqman, En. Muhammed Syamsuri, dan En. Muhammad Syakir, yang setiap seorang memiliki antara 1000 hingga 1200 anak pokok, dengan hasil pengeluaran cili berkisar antara 100kg hingga 200kg pada satu-satu masa. Projek ini merupakan hasil kerjasama antara TERAJU dan UMPSA melalui dana pembangunan untuk usahawan Bumiputera. Usaha ini telah membuka peluang untuk menjana pendapatan sehingga RM2000 hingga RM4000 sebulan.
KUNJUNGAN HORMAT KE SYARIKAT JOHN DEERE, MANNHEIM JERMAN

KUNJUNGAN HORMAT KE SYARIKAT JOHN DEERE, MANNHEIM JERMAN

18 APRIL 2024 - MANNHEIM JERMAN
Delegasi UMPSA telah mengadakan kunjungan hormat ke Syarikat John Deere di Mannheim, Jerman. Pihak Syarikat John Deere yang diketuai oleh pengurus loji pembuatan traktor, antara yang terbesar di dunia, telah menyambut kedatangan UMPSA di Galeri John Deere sebelum dibawa melawat ke loji pembuatan.
Antara kerjasama yang telah dibincangkan termasuk latihan industri yang berstruktur dan antarabangsa, terutamanya untuk Program Dual Ijazah UMPSA-University of Applied Science Mannheim (HMA) dalam bidang kejuruteraan perniagaan dan kejuruteraan kimia. Topik-topik yang dibincangkan termasuk fotolisis, baja, dan bahan. Pihak UMPSA diwakili oleh Prof. Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Hubungan Industri Universiti Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat, dan Prof. Ts. Dr. Sumaiya Zainal Abidin @ Murad. Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Proses. Turut hadir dalam sesi ini adalah pasukan dari HMA yang dipimpin oleh Prof. Dr. Ulrich Trägner dari Fakulti Kejuruteraan Proses dan Kimia, yang juga bertindak sebagai penyelaras untuk lawatan ini.
BIG CLEANING DAY EKSA DENGAN PENGLIBATAN SEMUA KAKITANGAN PJIM

BIG CLEANING DAY EKSA DENGAN PENGLIBATAN SEMUA KAKITANGAN PJIM

19 APRIL 2024 - PJIM, UMPSA
 
Pusat Jaringan Industri & Masyarakat telah mengadakan gotong-royong secara menyeluruh (Big Cleaning Day) yang melibatkan semua kakitangan PJIM. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha kolektif yang menarik untuk memulihkan kebersihan dan keselamatan persekitaran tempat kerja. Antara aktiviti yang dilakukan adalah proses kitar semula barang-barang yang tidak lagi digunakan.
 
Dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran dan menyokong amalan mesra alam, bahan kitar semula telah dikumpul mengikut kategori yang telah ditetapkan, seperti plastik, kertas, dan aluminium. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban pencemaran alam, tetapi juga membina kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar. Aktiviti ini juga menjadi salah satu inisiatif OSHMO dalam meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Secara keseluruhan, aktiviti ini dapat memastikan bahawa kesedaran keselamatan tidak hanya menjadi tugas individu, tetapi juga budaya organisasi yang ditanam secara menyeluruh.
LAWATAN DAN PENILAIAN VERIFIKASI PEMASANGAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN FERTIGASI

LAWATAN DAN PENILAIAN VERIFIKASI PEMASANGAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN FERTIGASI

22 APRIL 2024 - PEJABAT PERTANIAN DAERAH PEKAN, PAHANG
 
Satu lawatan penilaian dan verifikasi fasa akhir pemasangan peralatan dan kelengkapan fertigasi serta rumah semai telah dilakukan oleh Pejabat Pertanian Pekan bagi Projek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40) tahun 2024. Peserta projek Teraju , Fathiyah Binti Abdul Mohd Sawi adalah antara 10 penerima bantuan ini di dalam daerah Pekan. Bantuan diberikan dalam bentuk kelengkapan para fertigasi bagi 800 pokok, naiktaraf sistem pengairan, dan juga baik pulih rumah semai. 
 
Lawatan dihadiri oleh Encik Mohd Asri Bin Kassim , Penolong Pegawai Pertanian , Pejabat Pertanian Daerah Pekan, Encik Yusmin Bin Jaffar, Eksekutif Teknikal PJIM UMPSA selaku pengurus projek fertigasi DPUB UMPSA - Teraju, IoT Based Smart Farming System , dan penerima bantuan (Puan Fathiyah ) diwakili oleh suami, Encik Khairil Anas Bin Razalli di tapak kebun Kampung Tanjung Batu Ghancong Pekan.
KUNJUNGAN HORMAT KE VOLKSWAGEN GROUP MALAYSIA SDN. BHD.

KUNJUNGAN HORMAT KE VOLKSWAGEN GROUP MALAYSIA SDN. BHD.

8 APRIL 2024 - KUALA LUMPUR

Satu kunjungan hormat oleh Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA yang diwakili oleh Prof. Ir. Dr. Chin Sim Yee kepada Dr. Susanne Lehmann, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia Sdn. Bhd. (VW). Perbincangan telah diadakan mengenai pencapaian semasa dan skop kerjasama pada masa hadapan di bawah pembaharuan Memorandum Persefahaman/Perjanjian (MoU/MoA) yang akan datang. Turut hadir adalah Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia VW, Puan Debbie Tan Sook Nee, serta disokong oleh Pengurus Loji VW, Puan Nor Hayati Othman. 

Image

— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link