UMPSA ICoN     

Official Website    

PENILAIAN AKHIR ANUGERAH KUALITI INDUSTRI DAN MASYARAKAT (BAHAGIAN INDUSTRI)

PENILAIAN AKHIR ANUGERAH KUALITI INDUSTRI DAN MASYARAKAT (BAHAGIAN INDUSTRI)

26 FEBRUARI 2024 - BILIK MESYUARAT PJIM
 
Penilaian Akhir Anugerah Kualiti Industri Masyarakat (AKIM) -untuk kluster industri telah berlangsung di bilik mesyuarat PJIM. Penilaian tersebut diketuai oleh Penolong Naib Canselor PJIM, Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Profesor Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah Bahagian Industri PJIM,serta Profesor ChM. Dr. Chong Kwok Feng, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecekapan Penyelidikan Jabatan Penyelidikan & Inovasi. Kriteria penilaian yang ketat dan teliti telah diterapkan untuk memastikan bahawa anugerah ini diberikan kepada calon yang memenuhi kriteria. Penglibatan Profesor Ir. Dr. Chin Sim Yee dan Profesor ChM. Dr. Chong Kwok Feng dalam proses penilaian ini sebagai penambah nilai kepada proses dan menggariskan keperluan untuk pendekatan holistik yang merangkumi pelbagai aspek dalam kecemerlangan industri. Sebanyak 10 orang peserta telah menghadiri pembentangan dan penilaian akhir bagi kategori Staf Akademik, Rakan Industri terbaik dan Kategori Jabatan.
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROGRAM DPUB2020 'IOT BASED SMART FARMING SYSTEM'

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROGRAM DPUB2020 'IOT BASED SMART FARMING SYSTEM'

23 FEBRUARI 2024 - TERAJU, PUTRAYAJA

Telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program DPUB2020 bertemakan 'IoT Based Smart Farming System' di Pejabat Persekutuan - TERAJU, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Junady Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, yang mempamerkan komitmen dan sokongan agensi tersebut terhadap pembangunan projek inovatif di bidang pertanian pintar. Turut hadir adalah Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abd Munaim, Penolong Naib Canselor, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA dan turut hadir Pengarah Bahagian Komuniti PJIM, En Zainuddin Bin Mat Husin serta pasukan projek yang terlibat dalam pembangunan 'IoT Based Smart Farming System'.

Dalam mesyuarat ini, telah dibincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan kemajuan projek, cabaran-cabaran yang dihadapi, serta langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi dan keberkesanan sistem pertanian pintar berdasarkan teknologi IoT (Internet of Things). Prof. Ts. Dr. Mimi Sakinah Abd Munaim, dalam ulasannya, menyatakan bahawa projek ini merupakan satu langkah penting dalam menerajui inovasi dalam sektor pertanian negara. Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama rapat antara semua pihak terlibat bagi memastikan kejayaan dan impak yang positif terhadap industri pertanian.

Selain itu, ahli mesyuarat turut memberi penumpuan kepada aspek pembangunan modal insan dalam bidang teknologi pertanian, serta perlunya penyelarasan antara keperluan industri dengan kemampuan akademik dalam menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti dalam bidang ini. Diharapkan, melalui mesyuarat ini, akan terhasil pelan tindakan yang mantap bagi mempercepatkan pembangunan dan pelaksanaan 'IoT Based Smart Farming System' demi meningkatkan produktiviti daalam sektor pertanian negara.

LAWATAN INDUSTRI KE NEXTGREEN PULP & PAPER SDN BHD

LAWATAN INDUSTRI KE NEXTGREEN PULP & PAPER SDN BHD

21 FEBRUARI 2024 - NEXTGREEN PULP & PAPER SDN BHD PEKAN.

Pengarah Bahagian Hubungan Universiti-Industri, Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat Prof. Ir. Dr. Chin Sim Yee mengendalikan lawatan ke Nextgreen Pulp & Paper Sdn Bhd, Pekan. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menerokai bidang kerjasama yang lebih luas antara universiti dan industri, termasuk penyelidikan dan perkhidmatan teknikal bagi menyokong proses pengeluaran kertas dan pulpa dari tandan kosong sawit (Empty Fruit Bunch) yang berkonsepkan lestari.

Syarikat ini juga telah menjadi rakan kerjasama bagi Program ALAM@UMPSA sejak tahun 2023, menunjukkan komitmen mereka terhadap inovasi dan kelestarian alam dalam industri mereka. "Pelan Next Green Paper and Pulp" dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan penilaian berkala untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Ini menandakan langkah positif ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari bagi industri kertas dan pulpa.

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN INDUSTRI

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN INDUSTRI

24 FEBRUARI 2024 - THE EVERLY HOTEL, KUALA LUMPUR 
 
Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Pahang (UMPSA) dan 14 rakan industri telah berlangsung dengan jayanya di The Everly Hotel, Kuala Lumpur. Majlis yang dimeriahkan lagi dengan Program Syarahan Industri bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan industri dalam memajukan bidang teknologi. Ucapan pembukaan majlis telah disampaikan oleh Wakil Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMPSA. Beliau menekankan pentingnya kolaborasi ini dalam menggalakkan inovasi dan pembangunan teknologi di Malaysia.
 
Program Syarahan Industri yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Hanafiah bin Yussof, Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Robopreneur Sdn. Bhd. Profesor Hanafiah memberikan pandangan yang mendalam mengenai perkembangan terkini dalam industri teknologi, menyentuh pelbagai aspek penting yang berkaitan. Antara syarikat-syarikat yang terlibat termasuk Tigasfera Sdn. Bhd., 3D Gens Sdn. Bhd., Delta Global Automation Sdn. Bhd., dan banyak lagi. Cenderahati turut disampaikan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang ditekankan serta sesi fotografi bersama para peserta, menandakan titik permulaan bagi kerjasama yang lebih erat di masa depan antara UMPSA dan industri-industri terkemuka dalam memacu kemajuan teknologi negara.
 
Foto oleh Khairu Aidilnishah Rizan
SESI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROJEK DPUB UMPSA - TERAJU, PROJEK IOT BASED SMART FARMING SYSTEM

SESI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROJEK DPUB UMPSA - TERAJU, PROJEK IOT BASED SMART FARMING SYSTEM

FEBUARI 2024 - BILIK MESYUARAT PJIM, UMPSA
 
Jawatankuasa Kerja Projek DPUB UMPSA (Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera) bersama rombongan daripada TERAJU merangka langkah-langkah strategik bagi pelaksanaan projek yang bakal merevolusikan industri pertanian masa kini iaitu projek IoT Projek IoT Based Smart Farming System ini dijangka akan membawa impak yang besar terhadap peningkatan hasil pertanian, pengurangan kos, dan peningkatan pendapatan petani. Dengan bantuan teknologi IoT (Internet of Things), para petani akan dapat mengawal secara tepat penggunaan sumber seperti air dan baja, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti ladang.Based Smart Farming System. Wakil-wakil dari TERAJU menegaskan komitmen mereka untuk menyokong projek ini dari segi teknikal, kewangan, dan pengurusan. Mereka turut memberikan pandangan yang berharga untuk menambahbaik dan meningkatkan keberkesanan projek ini dalam jangka masa panjang.
 
 
Image

— Contact

Center for Industry & Community Linkages
Chancellery Department
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Gambang Campus)
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300, Kuantan Pahang, Malaysia
+609-431 5041
icon@ump.edu.my

— Quick Link